Khamis, Jun 25, 2015

Video Pengawal Keselamatan Tampar Wanita



Kecoh seketika apabila tersebar video pengawal keselamatan menampar seorang wanita. Kejadian berlaku di sebuah kaunter keselamatan yang menyaksikan pertikaman lidah antara pengawal keselamatan wanita dengan seorang wanita berbangsa Cina. Wanita berbangsa Cina itu ditemani seorang lelaki. Manakala, pengawal keselamatan yang dikira berbangsa India juga ditemani oleh seorang lelaki, dan seorang lagi lelaki yang kelihatan seperti bangsa asing yang juga berpakaian seorang pengawal. Jika dilihat pada video pertikaman lidah yang hangat itu berlaku selepas wanita Cina itu ditegur oleh pengawal keselamatan tersebut. Apapun, tikam lidah itu berubah rentak bila wanita Cina tersebut mengusik ekor rambut pengawal keselamatan tersebut yang seterusnya menyaksikan pengawal itu terus menampar wanita tersebut dan pantas mengambil batang kayu keselamatan! Terus lari dibuatnya wanita Cina tu! Hehe...  - KiniTV