Jumaat, Jun 12, 2015

[Video] Matador Hilang Buah Zakar Akibat Ditanduk; Lembu Dibunuh Dengan Kayu Berduri



Buah zakar kiri seorang matador terpaksa dibuang selepas organ berkenaan ditembusi tanduk lembu jantan yang dilawannya, Ahad lepas.Menurut laporan Huffington Post, Marco Galan juga diheret oleh lembu berkenaan selepas dia menikam lembu tersebut sebanyak dua kali menggunakan tombak besi. Menurut akhbar tempatan, skrotum Galan terkoyak dan menyebabkan bengkak, selain buah zakar kirinya terpaksa dibuang. Lembu berkenaan kemudian dibunuh dengan kayu berduri. Sukan tersebut yang dikecam oleh kumpulan kebajikan haiwan seluruh dunia telah diharamkan di Catalonia dan pulau Canary tetapi masih berlangsung di beberapa tempat sekitar Sepanyol. - Sinar