Jumaat, Jun 12, 2015

[Video] Luar Biasa; Remaja Membaca Ayat Al-Quran Ketika Koma!



Barangkali kisah ini sudah lama, tetapi Muz percaya masih ramai yang tidak tahu. Imam Al-Ghazali pernah menitipkan bahawa apa sahaja yang dilakukan oleh manusia di dunia adalah gambaran perbuatan di alam akhirat sana. Dan kata-kata itu ditunjukkan secara realiti ketika di dunia lagi. Seorang remaja negara Jordan yang bertugas sebagai seorang imam telah mengalami kemalangan dan berada dalam keadaan koma. Takjubnya adalah meskipun dalam keadaan tidak sedarkan diri selepas pembedahan tetapi bibirnya tetap bergetar mengalunkan ayat-ayat suci Allah, Al-Quran Karim. Salah suatu kuasa Allah yang tidak ada mustahil bagi-Nya. Kelaziman ketika sedar ditunjukkan ketika diri remaja itu dalam keadaan tidak sedar diri. Dalam menuju Ramadan beberapa hari lagi, ayuh tanamkan azam untuk membaca ayat-ayat suci Al-Quran dengan tertib, tartil sekali gus memahami maknanya sepanjang bulan suci yang begitu dirindui oleh seluruh umat Islam ini. Moga mendapat barakah daripadanya...