Rabu, Jun 17, 2015

Video Junior UiTM Dibuli Senior Pukul 3 Pagi Sampai Histeria?; 'Minggu Destini Siswa' Jadi Mimpi Ngeri!



Tersebar dilaman sosial hari ini sebuah video yang menjadi viral memaparkan pelajar yang baru mendaftar semester satu Universiti Teknologi MARA(UITM) Pulau Pinang di buli pada pukul 3 pagi sehingga ada yang mengalami histeria. Video tersebut adalah satu bukti aduan yang digunakan oleh seorang penuntut yang diserahkan kepada Timbalan Canselor Uitm Dato' Prof. Ir. Dr. Sahol Hamid Abu Bakar. Penuntut berkenaan telah memuatnaik video tersebut ke laman sosial milik Prof. Ir. Dr. Sahol Hamid Abu Bakar di mana dia memberitahu berlaku kes buli dalam Minggu Destini Siswa (MDS) yang dijalankan oleh Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) universiti berkenaan. Prof. Ir. Dr. Sahol Hamid Abu Bakar dalam  maklum balas terhadap video berkenaan berkata aduan tersebut sudah berada dalam perhatian beliau dan pihak universiti. - Siakap Keli