Jumaat, Jun 26, 2015

"UMNO Tak Bodoh Padam Lampu Potret Tun Mahathir" - Khairy Jamaluddin



Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata parti itu tidak bertanggungjawab memadamkan lampu yang menerangi potret Tun Dr Mahathir Mohamad di bangunan ibu pejabatnya. Katanya, Umno tidak akan bertindak ‘bodoh’ seperti itu dan percaya isu berkenaan hanya satu ‘putar belit’ oleh media tertentu. Khairy mengulas mengenai potret tujuh orang presiden Umno yang diterangi lampu, kecuali potret Mahathir malam semalam yang menimbulkan persoalan di media sosial sama ada ia berkaitan dengan tindakan mengkritik kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.