Isnin, Jun 15, 2015

TMJ Beri Peringatan, "Menteri Bukannya Tuhan Dari Syurga..."


Menerusi akaun sosial Facebook The Sourthen Tigers, Tengku Mahkota Johor (TMJ) telah menulis beberapa teguran panas. Meski panas, tetapi bila kita sekali baca, dua kali baca, tiga kali baca, semua yang ditulis TMJ, memang benar-benar belaka! Tapi biasalah, bila cakap benda yang betul mesti ada yang akan rasa sakit. Apa-apapun respect dengan TMJ!


Baginda membangkitkan persoalan isu ketidakpercayaan rakyat terhadap pemimpin kerajaan.
“Nampaknya teguran saya secara baik ini telah mendapat maklum balas yang kasar daripada seorang menteri. Kalau saya mendapat jawapan sedemikian, apa harapan untuk teguran rakyat lain didengar?” demikian memetik dari laman sosial tersebut. Bukan itu sahaja, TMJ turut memperingatkan setiap pemimpin kerajaan untuk tidak terlalu selesa dengan kedudukan yang ada sekarang, dengan menggunakan perumpamaan 'menteri bukan Tuhan'. “Anda seorang menteri, bukannya tuhan dari syurga yang tidak boleh ditegur. Jangan fikir rakyat negara ini wujud untuk memberikan anda jawatan dan kekayaan, tetapi jawatan tersebut wujud supaya anda memberikan khidmat kepada rakyat. “Apabila saya bersuara, saya melakukannya sebagai pemimpin rakyat saya, rakyat Johor dan Malaysia," titah Baginda lagi. TMJ dalam pada itu tidak menghiraukan kritikan yang akan diterima selepas ini berikutan kenyataannya itu, kerana apa yang penting adalah niatnya untuk membela rakyat. - Siakapkeli