Sabtu, Jun 13, 2015

Tangan Misteri Dirakam Di Gunung Kinabalu Selepas Gempa Cetus Tanda Tanya



Sepasang tangan misteri dikesan muncul pada dua gambar berasingan yang diambil tidak lama selepas berlakunya gempa bumi sekuat 5.9 skala ritcher di Sabah Jumaat lalu. Gambar asal yang dirakam di Taman Kinabalu itu dikongsi oleh Naib Presiden Persatuan Komuniti Bugis Sabah, Samasuddin Yusop yang turut berada di dalam gambar berkenaan. "Ramai yang bertanya tentang gambar itu, tetapi kami menghadapi kesukaran untuk menentukan sama ada milik 'makhluk' lain atau kesilapan kamera," kata bekas Ketua Komunikasi Korporat Universiti Malaysia Sabah (UMS) itu. Gambar yang kini menjadi viral di laman sosial itu dikatakan telah dirakam dua gajet berasingan iaitu telefon bimbit dan kamera jenis Nikon.- mstar