Khamis, Jun 18, 2015

Surat Terbuka Kepada TMJ Minta Belajar Adab Susila Bangsa Melayu



Perang mulut antara Tengku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim dan Menteri Pelancongan & Kebudayaan Datuk Seri Nazri Aziz sudah pun berlarutan lebih seminggu. Malah dalam beberapa hari ini juga Tunku Idris menulis tentang perjanjian dengan Persekutuan Tanah Melayu yang menyebut bahawa Johor keluar dari Malaysia sekiranya beberapa syarat dilanggari. Kini tersebar pula surat terbuka daripada seorang individu yang menggelarkan dirinya sebagai Amin Yatim dengan membuat beberapa teguran, antaranya penggunaan istilah 'Bangsa Johor' dan mempersoal kritikan TMJ terhadap ketidakhadiran Perdana Menteri ke Program 'Nothing2Hide'. Malah menyentuh 'serangan' TMJ kepada Nazri juga, Amin menyifatkan ia sebagai tidak wajar apatah lagi menteri itu hanya cuba 'menyelamatkan' maruah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak selepas dikritik.  Jom ikuti kandungan surat berkenaan! - Siakapkeli