Sabtu, Jun 27, 2015

Stesen Radio Popular Gam Lagu AC Mizal


Pengacara Datuk AC Mizal memberitahu lagunya berjudul Paranoid yang dinyanyikan besama aktres Indonesia Luna Maya digam stesen radio popular dengan alasan dia mempunyai radio internet sendiri iaitu Peace Yall FM. AC atau nama sebenarnya Mizal Zaini, 43, berkata, perkara tersebut diberitahu oleh syarikat rakamannya Sony Music selepas dia mendapati lagu itu tidak dimainkan selepas pelancaran radio internet tersebut pada awal Mei lalu. "Saya dimaklumkan oleh syarikat rakaman bahawa lagu-lagu saya tidak dimainkan lagi di stesen radio Era FM dan Hot FM kerana saya telah membuka radio internet dan ia menjadi pesaing bagi radio mereka. "Mula-mula lagu Paranoid ada juga dimainkan beberapa kali dan lagu baru berjudul Peace Yall langsung tidak boleh dimainkan kerana dikatakan ia cuba mempromosi saluran radio saya," ujarnya kepada mStar Online ketika ditemui pada majlis pelancaran telefon pintar vivo di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur di sini pada Khamis. - mstar