Khamis, Jun 11, 2015

Sinopsis Drama Cik Bunga & Encik Sombong; Astro Prima



Mengisahkan seorang gadis, Intan Asnidar yang bekerja di kedai bunga secara tiba-tiba diajak bertunang oleh seorang CEO syarikat besar, Harris Isqandar. Harris terpaksa mencari pengganti bakal pengantin perempuan bagi menggantikan Erny Humairah yang menghilangkan diri. Walaupun Intan Asnidar bukanlah seorang gadis yang cantik tetapi tetap menjadi pilihan Harris. Kasih sayang dipupuk hinggalah lahirnya rasa cinta.  Erny Humairah muncul semula menagih cinta Harris. Manakala Datin Nora memaksa Harris meninggalkan Intan dan mengugut Intan dengan pelbagai cara agar Harris berkahwin dengan Erny. Walaubagaimanapun Harris bertegas mempertahankan rumahtangga yang dibina. Seterusnya, Harris Isqandar membuat keputusan melepaskan jawatan CEO dan tinggal dikampung membina kehidupan baru bersama Intan. 

WATAK PELAKON
Amar Baharin sebagai Harris Isqandar
Amyra Rosli sebagai Intan Asnidar
Sasqia Dahuri sebagai Erny Humairah
Jasmin Hamid sebagai Datin Nora
Roy Azman sebagai Datuk Zahari
Sura Sojangi sebagai Olin
Farisha Irwayu Ghali sebagai Kak Yan


1 Komentar:

Write Komentar
11/6/15 10:45 PG delete

ok pasangan hero dan heroin menarik, ni harus tonton ni...

Reply
avatar