
Pelakon Shah Iskandar menyangkal gosip kononnya sedang bercinta dengan
aktres Fida Ibrahim namun memuji sikap artis itu seorang yang baik dan
penyanyang. Shah atau nama sebenarnya Shah Iskandar Mahfuz, 33, dilihat mesra ketika
menghadiri majlis berbuka puasa anjuran Sony Music minggu lalu namun
menjelaskan dia dan Fida sekadar teman biasa. "Acara berkenaan lebih banyak penyanyi dan saya tidak berapa kenal
dengan artis-artis lain dan apabila nampak Fida kami duduk semeja. "Memandangkan kaki saya tercedera dia juga ada membantu pegangkan barang
milik saya tetapi itu bukan bermaksud kami bercinta tetapi teman biasa
sahaja," katanya kepada mStar Online.