Isnin, Jun 22, 2015

Shah Iskandar Cedera Dihempap Motosikal Sendiri


Pelakon Shah Iskandar terpaska berehat selama sebulan daripada bidang seni selepas mengalami kecederaan pada bahagian lutut dan pergelangan kaki kanannya akibat kemalangan seminggu yang lalu. Shah atau nama sebenarnya Shah Iskandar Mahfuz, 33, berkata, biarpun keadaannya tidak serius namun doktor menyarankan supaya dia berehat sekiranya mahu segera kembali berlakon. "Saya sepatutnya menggunakan tongkat atau pun kerusi roda untuk tidak memberikan tekanan kepada kaki kanan saya tetapi biasalah degil. "Alhamdulillah saya tidak mengalami kecederaan yang begitu teruk tetapi ia tetap mengambil masa untuk sembuh sekiranya saya tidak berehat dengan secukupnya," katanya kepada mStar Online. Menceritakan kejadian tersebut, Shah berkata, dia terjatuh selepas gagal mengelak lopak sebelum dia rebah lalu dihempap oleh motosikal miliknya sendiri.