Rabu, Jun 24, 2015

Semakin Susut; Pelakon Wan Maimunah Sah Bergelar Janda!



Pelakon veteran Wan Maimunah kini bergelar janda apabila dia mengakui sudah tiada apa-apa hubungan lagi dengan seorang usahawan makanan tradisi kacang pool di Johor, Makpol Saimon, 55, sejak April lalu. Bagaimanapun, pelakon yang terkenal dengan jolokan ratu air mata berusia 62 tahun itu enggan memperincikan mengenai perceraiannya itu dengan alasan bagi menghormati keputusan bekas suaminya yang enggan perkara itu disebarkan. “Saya tidak boleh memberi sebarang kenyataan lanjut mengenai kes perceraian kami, lagi pun lebih baik jika ditanya kepada pihak sebelah sana (bekas suaminya). Saya bimbang perkara ini diperbesarkan. “Apa yang boleh saya katakan semua itu kuasa Allah, hanya Allah yang maha mengetahui segala yang berlaku,” katanya ketika ditemui di Stesen Bas Larkin di sini semalam. Semasa ditemui di stesen bas ekspres itu, artis tersebut yang baru pulang daripada menjayakan satu majlis di Melaka kelihatan tidak bermaya dan susut berat badan.