Selasa, Jun 09, 2015

Seluar Shukri Yahaya Terlucut Di Hadapan Orang!




Pelakon kacak Shukri Yahaya 26, yang kini semakin menjadi perhatian dan viral di media sosial dek kerana lakonannya dalam drama Dia… Isteri Luar Biasa dan Asam Pedas Untuk Dia. Lakonan bersahaja bersama Fathia Latiff telah berjaya mencuri tumpuan penonton dan sentiasa dinantikan oleh peminatnya setiap petang di TV3. Berikut antara fakta menarik mengenai dirinya - Murai

1. Ingin kumpul duit banyak-banyak dan melancong secara solo ke seluruh dunia, antara tempat yang ingin dituju ialah India dan Thailand

2. Suka makan ayam masak merah.

3. Seorang yang suka kerut dahi, walaupun ditegur berbanyak kali

4. Nama timangan masa kecil ialah Aki yang diberikan oleh ibunya.

5. Pernah memakai Baju Raya milik ayahnya disebabkan tidak sempat menempah, namun ketika mengunjungi rumah sanak saudara, seluar yang dipakainya telah terlucut di hadapan orang, peristiwa itu tidak boleh dilupakan olehnya.