Jumaat, Jun 05, 2015

Sebalik Penghijrahan; Erra Fazira Tenang Berhijab Penuh



“Penghijrahan ini sudah lama terdetik dalam hati. Cuma kadang-kadang ia jadi terbantut dek urusan dan perjanjian kerja yang sudah dimeterai. Pada suatu tahap saya beritahu kepada diri sendiri adakah hasrat dan niat ini harus ditunda dari hari ke sehari. Kalau nak ditunggu sampai seru, mungkin ia akan terus tergantung. Seru itu merujuk kepada hati kita jadi kuat. Jadi saya tidak mahu lagi mencipta alasan dan mewujudkan halangan untuk membuat keputusan ini. Ikutkan saya sudah mahu bertudung sejak tahun lalu. Saya minta dibulatkan hati meminta ada hidayah untuk semuanya dipermudahkan. Alhamdulillah ia kini jadi nyata. Dalam hati berkata, inilah masanya Fazira dan tak perlu bertangguh-tangguh lagi memberi alasan itu dan ini.”

1 Komentar:

Write Komentar
6/6/15 11:20 PG delete

Comel sangat bila Erra bertudung...

#done follow sini :)

Reply
avatar