Selasa, Jun 30, 2015

Sambut Aidilfitri Di Los Angeles; Lana Nodin Pujuk Semua Bertahan Teruskan Puasa!



“Cuaca di Los Angeles agak kering, jadi sedikit sebanyak mempengaruhi keadaan dan situasi mereka yang berpuasa. Sudah beberapa hari ini saya cuba membiasakan diri, begitu juga dengan Daud” “Cuma dalam situasi sekarang, saya sangat kasihankan Daud kerana terpaksa mengikuti beberapa siri pertandingan bola tampar pantai yang dianjurkan bagi membolehkan dia layak mewakili AS. Walau susah sekali pun, saya cuba memujuk Daud untuk bertahan,” katanya ketika dihubungi, baru-baru ini. Selain mengakui turut berasa sedih apabila meninggalkan keluarga, lebih-lebih lagi pada bulan Ramadan dan bakal menyambut Syawal di sana tidak lama lagi, Lana faham apa pun yang dilakukannya ketika ini adalah demi kebaikan bersama. “Dulu hidup bujang boleh­lah ikut apa kata saya tetapi sekarang saya sudah menjadi isteri orang dan tempat seorang isteri adalah di sisi suami. Begitupun, rasa sedih dan terkilan itu sedikit terubat apabila saya bersama suami sempat berbuka puasa bersama keluarga pada hari pertama Ramadan,” katanya.