Rabu, Jun 17, 2015

Rumah Kediaman Kumpulan Zero Hangus Terbakar



Nasib malang menimpa kumpulan Zero yang dianggotai tiga beradik apabila kediaman mereka di Kampung Pantai Bahagia Kudat, Sabah hangus terbakar dalam kejadian kira-kira pukul 1 tengah hari, Selasa. Pengurus kumpulan tersebut, Shafeeqa Johari ketika dihubungi berkata, kejadian tersebut turut melibatkan 69 buah rumah lain yang turut terbakar dalam kejadian tersebut. "Kejadian dikatakan berpunca daripada baju yang terbakar daripada sebuah rumah dan menyebabkan api marak dengan cepat dan merebak ke rumah lain. "Alhamdulillah tiada yang tercedera dalam kejadian itu tetapi semua barang-barang musnah akibat kejadian itu," katanya ketika dihubungi mStar Online pada Rabu.

1 Komentar:

Write Komentar
Amanda Suria
AUTHOR
17/6/15 2:21 PTG delete

Innalilahiwainnailaihirajiun. ..semoga semua mangsa tabah menghadapi dugaan...

Reply
avatar