Isnin, Jun 29, 2015

Putus Tunang Dengan Adira; Shahrul Nasrun Nafi Dekati Elizabeth Tan



Shahrul Nasrun turut menafikan laporan sebuah blog hiburan bahawa dia mempunyai hubungan rapat atau cuba mendekati penyanyi Elizabeth Tan sehingga menyebabkan pertunangan itu putus. Malah Shahrul berkata, dia sentiasa bersikap mesra dengan semua orang tidak kira lelaki atau perempuan apabila ia berkaitan urusan kerja."Mungkin ada salah faham, saya mesra dengan semua orang tidak kira lelaki dan perempuan bila ia berkaitan soal kerja. Setakat ambil berat tanya sudah makan atau sebagainya dalam perbualan kerja, saya rasa ia tidak salah," ujarnya. Adira dan Shahrul mengikat tali pertunangan pada 22 Disember tahun lalu dan mereka merancang untuk melangsungkan perkahwinan pada Sepetmber tahun ini. - mstar


1 Komentar:

Write Komentar
Mrs Velentine
AUTHOR
29/6/15 10:35 PG delete

takde jodoh nak buat macm mana

Reply
avatar