Khamis, Jun 04, 2015

Pilihan Hebat Di D’Zaz Beauty Centre



Bertempat di Balik Pulau, Pulau Pinang, D’Zaz Beauty Centre menawarkan pelbagai perkhidmatan penjagaan kesihatan. Antaranya termasuklah, lulur badan, mandi dan rendam dalam ramuan garam bukit,  menyelesaikan masalah berkenaan resdung, sauna, jakuzi spa bath, tangas rapat harum, stim foot spa,  dan banyak lagi. Menarinya, mereka juga menyediakan pakej perkahwinan, seperti menata rias pelamin! Muz cukup terharu dengan kerjasama pihak D’Zaz Beauty Centre yang sudi bekerjasama menaja kami semasa Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah 2015. Pihak D’Zaz Beauty Centre telah menata rias dewan sekolah dan sekali gus menjadikan sambutan Hari Guru 2015 seperti dalam taman. Tidak sekadar itu, hamparkan red carpet juga menjadikan Hari Guru kali ini begitu istimewa! Bagi mereka yang berminat mendapatkan perkhidmatan D’Zaz Beauty Centre, bolehlah klik di SINI untuk terus ke page rasmi Facebook mereka!