Selasa, Jun 16, 2015

Pesan Ayam Dapat Tikus Goreng; Lelaki Nekad Saman KFC



Geliiiii... Bungkus KFC, kononnya nak makan. Balik buka tengok, bukannya ada ayam goreng, tapi tikues goreng tepung! Mahuna tak terkejut! Hurmmm, apapun memang kena pilih tempat makanan yang bersih. Bukan makna restoran besar terjamin semua. Nak pula nak masuk bulan puasa. Bazar Ramadan mesti bersepah. Kena hati-hati pilih. Teringat pengalaman zaman study. Balik kampung awal Ramadan, esoknya nak pergi KL, dari mula naik bas sampai ke Hentian Pudu, sakit perut tak sudah, tu sebab makan samosa... Huhu... Jadi pendek kata kenalah hati-hati memilih makanan. Mujur insiden tikus kfc salut tepung ni berlaku di luar negara, kalau berlaku Malaysia mesti dah kecoh gila! Hehe...


2 Komentar

Write Komentar
16/6/15 7:57 PTG delete

Ku ingatkan di malaysia. Hahaha, msti hati2 lagi2 lah fast food yg bli kat luar

Reply
avatar