Jumaat, Jun 26, 2015

Perkhidmatan ETS Sampai Perlis Julai Ini!



Perkhidmatan Tren Elektrik (ETS) yang menghubungkan Kuala Lumpur sehingga Padang Besar, Perlis bakal beroperasi 1 Julai ini. Presiden Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB), Leftenan Kolonel (B) Sarbini Tijan berkata, itu berdasarkan persiapan yang dilakukan KTMB dan ia bakal digunakan sebagai perkhidmatan pengangkutan untuk Hari Raya Aidilfitri pertengahan Julai depan. "Bagaimanapun, KTMB perlu menunggu kelulusan daripada Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) sebelum perkhidmatan itu dibuka kepada orang ramai. "Sehingga kini, kami yakin SPAD akan memberi kelulusan berdasarkan beberapa ujian yang sudah dilakukan oleh kami bagi memastikan tahap keselamatan bemar-benar terjamin," katanya. Perkhidmatan ETS itu sejauh 500 kilometer mampu bergerak pada kelajuan 160 kilometer jam (km/j) dan perjalanan dua destinasi itu akan mengambil masa kira-kira empat jam.


1 Komentar:

Write Komentar
26/6/15 3:04 PTG delete

wah baguslah jika dah sampai perlis...

Reply
avatar