Selasa, Jun 23, 2015

Penjelasan Jurunikah Lerai Kontroversi Pernikahan Disangka Sesat!



Baru-baru ini tersiar dilaman sosial sebuah video satu majlis perkahwinan yang kononnya didakwa sesat kerana mengikut cara agama lain di mana rata-rata netizens mengeji tindakan berkenaan. Bagaimanapun rakaman separuh itu menjadi tanda tanya kerana ada yang berkongsikan gambar mereka sudah diakad nikahkan sudah terlebih dahulu dengan ramai pengguna laman sosial berkongsi gambar akad nikah mereka.Untuk menjawab segala persoalan dan fitnah yang dilemparkan, jurunikah yang bertanggungjawab mengahwinkan pasangan Megat Saharizal bin Zulkifli dan Nur Hidayat binti Shafie telah tampil menjelaskan bahawa upacara yang dilakukannya itu adalah tidak bercanggah dengan syariat Islam.Muhamed Edwars menjelaskan upacara itu dilakukan bagi menggabungkan pernikahan Islam dan Sivil bagi menjadikan ia sah di Australia. Dia juga menegaskan bahawa dia dilantik sebagai jurunikah oleh pihak berkuasa tempatan Victoria, menjelaskan lafaz berkenaan tiada kaitan dengan Kristian ataupun Syiah.