Selasa, Jun 09, 2015

Pembentukan Imej Wajah Dikatakan Lelaki Pertama Takluk Gunung Kinabalu



Suatu pembentukan di permukaan Gunung Kinabalu selepas dilanda gempa baru-baru ini dikatakan menyerupai Datuk Gunting Lagadan yang merupakan lelaki pertama menakluki gunung berkenaan. Etnik Dusun merupakan salah satu antara 70 etnik di Sabah. Sebuah rumah persinggahan juga dinamakan sempena namanya sebagai penghormatan. Imej yang terbentuk di permukaan gunung berkenaan dikatakan adalah Aki Nabalu yang mana ia merupakan nama gunung itu dalam bahasa Dusun. Foto pembentukan imej dan Lagadan itu telah menjadi viral dan tersebar di media sosial seperti Facebook dan Whatsapp. Komuniti Kadazan Dusun Murut (KDM) percaya bahawa semangat nenek moyang mereka mendiami kawasan berbatu di puncak Gunung Kinabalu. Menurut cerita rakyat tempatan, Aki Nabalu yang membawa maksud ‘tempat yang dihormati orang mati’, adalah merupakan kisah daripada seorang isteri yang bertukar menjadi batu setelah menunggu kepulangan suaminya. Malah, ada yang mengatakan ia adalah raja gergasi dan ia masih belum ‘terjaga’ sehinggalah pada pagi Jumaat di mana gempa bermagnitud 5.9 melanda kebanyakan tempat di Sabah. Ramai juga yang menyalahkan sekumpulan pelancong daripada Eropah yang berkelakuan kurang sopan dengan berbogel di Gunung Kinabalu yang mana ia menjadi tempat suci bagi rakyat Sabah. Sekumpulan 10 pelancong yang dipercayai dua daripadanya adalah warga Kanada, dua warga Belanda dan seroang warga Jerman berbogel di puncak Gunung Kinabalu pada pagi 29 Mei lalu. Dalam kejadian gempa itu, daripada 187 pendaki, 16 kematian direkodkan manakala dua lagi masih belum dapat dipastikan. - The Rakyat Post