Sabtu, Jun 13, 2015

Pemain Import T-Team Meninggal Dunia Dalam Aksi Kelantan Lawan T-Team Malam Tadi



Pemain import pasukan T-Team, Faramola David Aniya meninggal dunia dalam aksi persahabatan di antara Kelantan dengan T-Team di stadium Sultan Muhammad IV di sini, malam tadi. Pemain berkenaan, tiba-tiba jatuh pada minit ketiga perlawanan sebelum dibawa oleh pasukan paramedik ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) untuk mendapatkan rawatan. Ketua Pegawai Operasi T-Team, Mohd. Shahrizan Mat Zin berkata, pihaknya terkejut dengan perkara berkenaan memandangkan sebelum perlawanan pemain itu dibenarkan beraksi. Mohd. Shahrizan memberitahu, pihaknya menerima pengesahan mengenai kematian pemain pertahanannya itu pada pukul 10.05 minit melalui Penolong pasukan jurulatih, Azhari Salim. - KOSMO