Isnin, Jun 22, 2015

"Pak Ya Popia Power" Laku 11,000 Popia Sehari!



Buat pengunjung Bazar Ramadan di Desa Pandan, gerai popia "Pak Ya Popia Power" mesti tidak asing lagi bagi mereka. Mana taknya, setiap hari gerai itu akan penuhi dengan orang ramai yang beratur tidak putus untuk mendapatkan popia istimewa itu. Popia yang juga dikenali dengan nama "Popia Giant" itu diusahakan oleh pasangan suami isteri, Yahya Ibrahim, 67 dan Norimah Abd Wahab dikatakan mampu menjual sehingga 11,000 popia setiap hari. Gerai "Pak Ya Popia Power" hanya menjual tiga jenis popia iaitu, popia madu, popia goreng dan popia basah.Menurut Yahya, dia dan isteri mula menyediakan bahan bagi membuat popia itu seawal jam 7.30 pagi. Yahya turut dibantu oleh enam kakitangan. Yahya juga berkata biarpun popianya sedikit mahal, orang ramai tidak merungut tentang itu. “Biarpun dijual pada harga RM1 bagi satu, kami tidak menerima sebarang rungutan daripada pelanggan berikutan saiznya yang besar dan tidak boleh didapati di tempat lain,” katanya, semalam memetik laporan dari myMetro.