Khamis, Jun 18, 2015

Mayat Pelakon Terkenal Korea Ditemui Hancur!



Tanda tanya kehilangan pelakon dan model jelita Korea, Jung In Ah, 38, akhirnya terjawab selepas mayatnya ditemui di perairan sebuah pantai berhampiran daerah Goheung, Korea, Selasa lalu. Berita ini telah menjadi topik perbualan hangat media-media dan pengguna laman sosial di Korea. Aktress berkenaan dilaporkan hilang semasa menyertai aktiviti payung terjun atau skydiving pada 13 Jun lalu.Kehilangannya hanya disedari selepas beberapa minit pesawat bertolak untuk pulang selepas tamat aktiviti berkenaan. Mereka yang menyedari keadaan berkenaan telah bepatah balik mencari dan tidak menjumpainya. Laporan kepada pihak penyelamat telah dilakukan dan operasi menyecari dan menyelamat dijalankan. Akhirnya selepas tiga hari mayat In Ah ditemui bersama payung terjunnya terapung di pantai berhampiran, tiga hari kemudian. Berdasarkan laporan mayatnya dijumpai dalam keadaan hancur, mendiang akan dikebumikan esok pagi.