Khamis, Jun 25, 2015

Lelaki Dewasa Ponteng Puasa Kena Cekup; Bagi Alasan Tak Tahan Haus



“Saya dah tak puasa sejak tiga hari lalu kerana tidak tahan haus. Tapi ini kali pertama saya datang ke tempat ini sejak Ramadan kerana ia berdekatan dengan pejabat untuk bermain snuker “Saya janji tidak akan mengulangi kesalahan ini dan menyesal dengan apa yang berlaku,” itu alasan seorang lelaki yang ditangkap Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) kerana tidak berpuasa di sebuah pusat snuker di Seksyen 22, di sini, semalam. Lelaki berusia 28 tahun ditahan ketika merokok sambil bermain snuker bersama rakannya yang turut didapati tidak berpuasa selain terdapat dua tin minuman yang sudah dibuka di atas meja. “Tolonglah jangan tahan kami, lagi pun kami datang sekejap saja ketika waktu rehat pejabat. Kami janji akan melaporkan diri kepada JAIS petang nanti (semalam) selepas tamat waktu kerja. Bagaimanapun, alasan itu tidak ‘menjadi’ dan dia bersama rakannya berusia 20-an dibawa ke pejabat JAIS untuk direkodkan keterangan sebelum dibebaskan dengan penjamin. - Metro