Sabtu, Jun 13, 2015

Kisah Seorang Wanita & 3 Orang Tua; Kekayaan, Kejayaan & Kasih Sayang



Seorang wanita sedang keluar dari rumahnya apabila dia terlihat tiga orang lelaki tua berjanggut panjang yang berwarna putih sedang duduk dihalaman rumahnya. Dia tidak kenal akan mereka.
  • Wanita itu bertanya, " Saya tidak fikir saya mengenali awak semua, tetapi saya pasti awak semua mesti sedang lapar. Silalah masuk kerumah saya dan makan sesuatu."
  • "Adakah suami awak ada dirumah?", mereka bertanya.
  • "Tidak", wanita itu berkata. "Suami saya telah keluar."
  • "Jadi, kami tidak akan masuk", mereka menjawap.
  • Sewaktu suaminya pulang ke rumah pada petang itu, wanita itu pun memberitahunya kejadian tersebut. "Pergi beritahu mereka bahawa saya telah balik dan menjemput mereka masuk kedalam sekarang!"
  • Wanita itu keluar dan menjemput ketiga-tiga lelaki tua itu masuk ke dalam.
  • "Kami tidak akan masuk ke dalam rumah bersama-sama," mereka menjawap.
  • "Mengapa begitu?" wanita itu ingin tahu.
  • Salah seorang dari lelaki tua itu pun menerangkan :
  • "Namanya ialah Kekayaan," Dia berkata sambil menunjuk ke arah salah seorang kawannya, dan beralih menunjuk kearah kawan yang seorang lagi, " Dia adalah Kejayaan, dan saya adalah Kasih Sayang."
  • Dia menyambung lagi, "Sekarang masuklah semula kedalam rumah dan berbincanglah dengan suami awak, siapakah di antara kami bertiga yang kamu ingin jemput kedalam rumah."
  • Wanita itu pun masuk semula kedalam dan memberitahu suaminya perkara tersebut. Suaminya berasa sungguh gembira.
  • "Bagusnya!!" dia berkata. "Kalau macam tu jemputlah Kekayaan masuk. Biar dia masuk dan mengisi rumah kita ini dengan Kekayaan!"
  • Isterinya tidak bersetuju. "Abang, kenapa pula kita tidak menjemput Kejayaan?"
  • Kebetulan, menantu perempuan mereka juga sedang mendengar perbualan itu dari satu sudut rumah yang lain. Dia lalu menyampuk dan memberikan pandangannya :
  • "Bukankah lebih baik sekiranya kita menjemput Kasih Sayang? Rumah kita ini pasti akan diselubungi dengan Kasih Sayang!"
  • "Biarlah kita mengikut nasihat menantu kita itu," kata suami itu kepada isterinya.
  • "Keluar dan jemputlah Kasih Sayang sebagai tetamu kita."
  • Wanita itu pun keluar dan bertanya kepada tiga lelaki tua, "Yang mana satu diantara kamu adalah Kasih Sayang? Silalah masuk dan jadi tetamu kami."
  • Kasih Sayang bangun dan mula berjalan ke arah rumah. Kedua-dua lelaki yang lain juga bangun dan mengikutinya. Terperanjat, wanita itu pun bertanya kepada Kekayaan dan Kejayaan :
  • "Saya cuma menjemput Kasih Sayang, mengapa kamu juga ikut sekali?"
  • Mereka semua menjawab: "Jika awak menjemput samada Kekayaan atau Kejayaan, yang lain akan tunggu diluar, tetapi oleh kerana awak telah menjemput Kasih Sayang, kemana-mana sahaja dia pergi, kami akan pergi bersamanya.

...D imana ada Kasih Sayang, disitu juga ada Kekayaan dan `Kejayaan!"...


Dicatat oleh IBNU MUSLIM