Khamis, Jun 04, 2015

Kilafly Cookies



Kilafly Cookies merupakan nama yang Muz cadangkan kepada rakan guru yang mahu dikenali sebagai Qee Naz di alam maya. Guru Kaunseling ini selain bijak berkata-kata sebagai pengacara, turut juga berbakat di dapur. Sudi menjadi salah seorang penaja pada Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah 2015, Qee Naz amat popular di sekolah dengan kuih Suci Dalam Debu. Menerima tempahan seperti cookies buat hantaran dan seumpamanya, anda yang berminat boleh langsung menghubunginya di SINI.