Sabtu, Jun 27, 2015

Kekasih Zul Ariffin Mengaku Cemburu, Terkejut Dituduh Sindir Ayda Jebat



Teman wanita kepada aktor Zul Ariffin iaitu Gayatri Su-Lin Pillai terkejut apabila dituduh sengaja memuat naik status sindiran di laman sosial Twitter yang kononnya ditujukan kepada heroin drama bersiri Rindu Awak 200% iaitu Ayda Jebat. Gayatri yang juga Pengurus Besar Astro Shaw berkata, dia sendiri tidak pasti status apakah yang dikatakan  itu kerana dia jarang memberi tumpuan kepada media sosial peribadi miliknya atau pun orang lain. "Saya tidak perlu berbuat demikian kerana tidak mempunyai sebarang masalah dengan aktres tersebut. "Tambahan pula saya jarang beri perhatian terhadap media sosial dan saya terkejut juga apabila dikatakan memuat naik status menyindir Ayda," katanya kepada mStar Online. Dalam pada itu, Gayatri berkata, sebagai seorang manusia biasa dia menganggap sikap cemburu dalam sesuatu hubungan adalah perkara normal dan dia tidak terkecuali daripada perasaan itu. Bagaimanapun kata Gayatri, sebagai seorang penerbit filem dia profesional dan memahami situasi kedua-dua pelakon itu yang perlu mempromosikan drama berkenaan. "Jika saya tidak cemburi pasti ada seauatu yang tidak kena dalam hibungan kami tetapi saya profesional dan begitu juga mereka. Isu itu hanya diperbesar-besarkan oleh orang lain," jelasnya.