Jumaat, Jun 12, 2015

Kejadian Yang Berlaku Di KFC Ini Buka Mata Rakyat Malaysia


Kadang-kadang bagi sesetengah orang sedikit pertolongan tidak memberikan apa-apa makna, tetapi dalam masa yang sama secuit ketulusan hati sangat besar ertinya bagi sesetengah lain. Kisah benar yang berlaku di salah sebuah restoran makanan segera KFC, di Malaysia. Ayuh, ikuti kisahnya, moga jadi pengajaran bersama!
  • Aku lihat seorang hamba Allah, sedang beratur di kfc. Tinggal lagi seorang di dalam barisan, tibalah giliran dia.
  • Kemudian dia menoleh ke belakang, 13 orang dalam barisan. Dia terlihat seorang uncle berdiri beratur sama, dan cucunya sdg bermain bersama si nenek.
  • Sewaktu tiba giliran hamba Allah untuk buat order, dia melambai uncle tersebut.
  • "Uncle, mari sini."
  • Uncle pun terus ke depan seolah tahu.
  • "Uncle boleh buat order dulu, kita tukar tempat, saya sambung baris uncle."
  • Hamba Allah tersebut pun berjalan beratur di barisan belakang.
  • "Terima kasih semua, maaf melambatkan." katanya.
  • Belum lama dia beratur, seorang abg datang ke belakang dan menarik tangan hamba Allah tersebut.
  • "Bro, you pergi baris depan buat you punya order." kata abg tersebut
  • "Eh, tak apa bang, ramai yg beratur dari tadi, saya tak berebut. Tak apa, tak apa."
  • Kemudian hamba Allah tersentap.. beberapa bersuara..
  • "Tak apa adik, you ambik akak punya baris."
  • "I'll give you my queue, I'm not in rush."
  • "Bro, pegi balik depan bro nanti kami tak buat order."
  • Dan banyakan memandang, hamba Allah segan dan rasa terharu.. Dia pun akur dan kembali di dalam baris..
  • "You semua hati banyak mulia. Thank you. This is Malaysia." kata uncle sambil membawa snack plate butter garlic chicken buat cucunya.
Jangan segan atau teragak-agak untuk mendahulukan mereka yang lebih memerlukan seperti orang tua, kelainan upaya, ibu mengandung dan seumpamanya. Boleh jadi kita menawarkan kepada mereka pertolongan di dalam bus yang sesak dengan penumpang, atau tandas awam yang penuh dengan orang, begitu juga di restoran yang beraturnya panjang. Yang penting tanya hati, gerakkan minda, satukan hati, bertindaklah dengan bijak. /-tengoktvonline



3 Komentar

Write Komentar
12/6/15 4:45 PTG delete

Ada lagi orang macam ni.. ingat dah tak da... baguslah... nak jadi macam ni jugak lah...

Reply
avatar
Noor Hayati
AUTHOR
12/6/15 8:19 PTG delete

bagusnya..klu sikap mcm ni terus diamalkan lagi bagus :)

Reply
avatar