Selasa, Jun 16, 2015

Kamal Adli Enggan Digandingkan Bersama Emma Maembong



Pelakon Kamal Adli menolak untuk digandingkan dengan aktres Emma Maembong dalam mana-mana sesi fotografi akhbar ataupun majalah selepas gara-gara gosip percintaan mereka berdua. Kamal, 29, berkata, pendiriannya itu dibuat bagi mengelakkan hubungan mereka terus disalahtafsirkan oleh semua pihak. "Ada yang minta untuk menggandingkan kami dalam sesi fotografi tetapi rasanya lebih baik kami tidak berbuat demikian. "Ini kerana nanti akan timbul pelbagai cerita kurang enak seperti mana berlaku sebelum ini," katanya kepada mStar Online.