Mungkin ramai tidak tahu, Zach sudah mendirikan rumah tangga dua tahun
lalu. Zach dan buah hatinya, Jennifer Carterina, 25, mendaftarkan perkahwinan
mereka di Jabatan Pendaftaran Negara Jalan Duta pada 15 November 2013. “Walaupun
sudah dua tahun berkahwin, pada 21 Februari lalu barulah sempat kami mengadakan
majlis resepsi. Kami mahu kumpul modal untuk buat majlis. “Lagipun ketika
berkahwin dulu, kebanyakan ahli keluarga kedua-dua belah pihak tidak ada di
Malaysia. Jadi, kami sepakat tangguhkan dahulu. Kalau ikutkan sudah dua kali
kami tangguh majlis resepsi,” katanya. Zach
turut memohon maaf kerana tidak dapat menjemput rakan artis dan kenalan terdekat
ke majlis resepsi yang diadakan di Kuching Park, Kuching, Sarawak. Lebih
bermakna kata Zach, ketika majlis resepsi berlangsung isterinya hamil empat
bulan.“Usia kandungan isteri saya kini mencecah tujuh bulan. Dia dijangka
bersalin pada 10 Ogos ini. Semakin dekat tarikh bersalin, saya semakin
berdebar. Doa saya cuma satu, semoga isteri dan anak dalam kandungan sihat. “Soal
persiapan, semua sudah kami beli. Memandangkan kami belum tahu jantina bayi,
kebanyakan barang yang kami beli sesuai untuk bayi lelaki dan perempuan,”
katanya.