Ahad, Jun 28, 2015

Izzue Islam Nafi Isteri Buat Hal Di Lakosi Kerana Adegan Bersentuhan


Pelakon Izzue Islam menafikan tuduhan isterinya Awin bertindak tidak profesional dengan mengarahkan penggambaran sebuah drama dihentikan gara-gara terdapat adegan bersentuhan suaminya dengan artis wanita lain. Izzue atau nama sebenarnya Muhammad Izzul Islam Mazlan, 25, berkata, apa sahaja yang berlaku ketika di set penggambaran adalah atas arahan pengarah dan mengikut skrip yang sudah dipersetujui bersama. "Awin tidak pernah minti hentikan penggambaran, begitu juga saya kerana hak sepanjang penggambaran adalah atas kuasa pengarah dan ia adalah mengikut skrip yang kami setujui. "Perkara tentang bersentuhan itu kami sudah jelaskan awal-awal lagi dan pengarah selalunya yang akan tukar babak tersebut bukan saya atau Awin yang memandai-mandai," ujarnya kepada mStar Online.