Selasa, Jun 09, 2015

Isteri & Anak Takut Lihat Badan Aamir Khan



Aktor dan pengarah kacak, Amir Khan dipercayai telah menakutkan ibu dan isterinya gara-gara terpaksa menambah berat badan secara mendadak berikutan skrip filem terbarunya, Dabgal.  Berat badan dia ketika ini ialah 95 kilogram kerana akan melakonkan watak peninju dalam filem tersebut dan ini juga menyebabkan tahap kesihatannya terganggu sehingga merisaukan keluarga.  Menurut portal NDTV Movies, Amir Khan mengakui tercungap-cungap jika melakukan sebarang aktiviti lasak malah mengalami masalah pernafasan. “Bayangkan apabila anda biasa menjadi lasak dan sentiasa aktif tiba-tiba sahaja bentuk badan badan anda menjadi penghalang, saya tercungap-cungap dalam tempoh 20 saat sahaja. “Isteri dan ibu saya begitu risau melihat komitmen saya seola-olah menjejaskan tahap kesihatan ketika ini, namun kehendak filem akan datang saya itu memerlukan saya untuk nampak berbadan sasa,” katanya.  Walaubagaimanapun, menurutnya, berat badan dia akan diturunkan sejurus tamat penggambaran pada Disember tahun ini. “Kepada peminat yang sudah mula risau dengan penampilan baharu saya ini, jangan khuatir. Saya akan kembali seperti filem PK dalam sekejap masa sahaja,” ujar aktor yang pernah mempunyai badan sasa dalam filem blokbuster, Ghajini.


1 Komentar:

Write Komentar
9/6/15 12:24 PTG delete

wah confident-nya dia bahawasanya dia akan kurus...hik hik hik...

Reply
avatar