Jumaat, Jun 26, 2015

Ijazah Menteri Pendidikan Palsu; Didesak Letak Jawatan!



Sebuah mahkamah di sini semalam bersetuju mendengar aduan mengenai menteri pendidikan India yang dituduh menipu mengenai ijazahnya.  Berita mengenai penipuan itu sebelum ini mencetuskan kemarahan orang ramai yang mendesak dia meletak jawatan. Mengikut petisyen difailkan, Smriti Irani didakwa membuat perisytiharan bercanggah mengenai ijazah diperolehnya kepada pihak berkuasa pilihan raya. Menurut aduan itu, Smriti berkata pada 2004, dia mempunyai ijazah jurusan kesenian. Namun, menjelang pilihan raya umum pada 2014, dia mendakwa memiliki ijazah jurusan perdagangan. Hakim Akash Jain berkata: “Mahkamah maklum mengenai perkara itu dan menetapkan kes pada 28 Ogos depan.” Dakwaan terhadap Smriti disuarakan beberapa minggu selepas Menteri Undang-Undang Delhi dari Parti Aam Aadmi (AAP), Jitendra Singh Tomar, ditahan kerana disyaki memiliki ijazah undang-undang palsu. Jitendra meletak jawatan selepas menghadapi tuduhan jenayah, menipu dan terbabit dalam kegiatan pemalsuan. - Metro