Jumaat, Jun 26, 2015

Hisyam Hamid Hampa Ditolak Stesen TV Swasta



Ramai sedia maklum, Hisyam Hamid, 30, artis di bawah naungan pengurusan Astro dan kerana itu wajahnya lebih kerap menghiasi stesen TV berbayar berkenaan. Namun pelakon kelahiran Singapura itu menegaskan, dia bukan wajah eksklusif Astro dan bebas muncul di semua stesen televisyen. Bagaimanapun, dia hampa apabila namanya ditolak beberapa stesen TV swasta apabila dicalonkan penerbit untuk menjayakan drama atau telefilem. “Saya kecewa apabila perkara ini berlaku. Menandatangani kontrak dengan Astro bukan bermakna saya tidak boleh muncul dalam mana-mana stesen TV.“Sudah banyak kali saya jelaskan perkara ini tetapi masih ramai tidak faham dan keliru.“Kalau boleh saya mahu muncul di semua stesen TV,” katanya. Jelas Hisyam, ada banyak sebab mengapa dia bersetuju bernaung di bawah pengurusan Astro termasuklah memudahkan urusan mendapatkan permit kerja. “Saya tak perlu pening memikirkan urusan permit kerana pihak pengurusan akan uruskan setiap kali mahu memulakan penggambaran. “Kalau ada mana-mana pihak mahu memeriksa permit kerja, mereka boleh berhubung terus dengan pihak pengurusan,” katanya. - Metro