Selasa, Jun 30, 2015

Hina Melayu; Azwan Ali Diarah Mohon Maaf Atau Bakal Dilapor Kepada Polis!



Minta maaf atau anda akan dilapor kepada polis kerana menghina Melayu! Itu amaran Presiden Pertubuhan Martabat Jalinan Muhibbah Malaysia (MJMM), Abdul Rani Kulup Abdullah apabila ditanya mengenai mengenai kelantangan mulut bekas pengacara, Azwan Ali. “Azwan Ali perlu sedar diri yang dia itu pun orang Melayu. Dia hina orang Melayu, dia sendiri pun keturunan Melayu juga. Dia perlu minta maaf atas apa yang dia buat.“Ayah bagi tempoh masa seminggu untuk dia berbuat demikian, sekiranya dia masih gagal untuk minta maaf, ayah akan lapor pada pihak berkuasa. ‘Sangkut’ dia nanti,” ujar Abdul Rani atau lebih dikenali dengan panggilan Ayah Arka.Menurut Arka, tempoh seminggu itu juga diberikannya memandangkan kini bulan Ramadan. MJMM sebuah badan bukan kerajaan yang sentiasa kehadapan dalam isu-isu Melayu dan Raja-raja Melayu dengan membuat laporan polis supaya tindakan mengenainya boleh diambil pihak berkuasa.   "Dia tidak boleh kata Melayu itu anjing, Melayu neraka. Itu salah. Itu dikira menghina orang Melayu. Ayah bagi kelonggaran sikit sebab ini bulan puasa. Hari baik, bulan baik. Kalau tidak, sudah lama ayah lapor polis! Kalau minta maaf pun, itu bukan satu perkara yang hina," tambahnya lagi.

1 Komentar:

Write Komentar
1/7/15 6:36 PG delete

Ishhh tak faham lah dengan dia tue, tak kan melayu sama melayu pun nak dijatuhkan brooo..

Reply
avatar