
Seekor harimau putih yang terlepas dari zoo kerana banjir telah ditembak
mati selepas haiwan karnovor berkenaan telah membunuh seorang lelaki. Menurut Menteri Dalam Negeri Republik Georgia, Vakhtang Gomelauri
berkata, harimau berkenaan yang terlepas dari zoo telah bersembunyi
dalam kilang lama yang telah dijadikan pasar barangan binaan. Semasa mangsa sedang melakukan kerja di pasar barangan berkenaan, ia
telah diserang oleh harimau tersebut hingga cedera parah dan meninggal
di hospital. Menurutnya, komando polis dikejarkan ke tempat kejadian mereka terpaksa menembak mati harimau itu. “Pada mulanya kami berhasrat menembak ubat pelali tetapi kerana
harimau itu terlalu agresif kami terpaksa tembak dengan peluru hidup,” katanya. - Siakapkeli