Selasa, Jun 23, 2015

Guru Suruh Murid Bukan Islam Minum Air Paip Atau Air Kencing Sendiri Melampau?



Seorang guru yang berpangkat Penolong Kanan Hal Ehwal Murid di sebuah sekolah rendah di Sungai Petani didakwa menyuruh murid bukan Islam supaya meminum air paip atau air kencing sendiri sekiranya tidak membawa bekalan air sendiri ke sekolah. Menurut dakwaan, guru itu didakwa membuat kenyataan kontroversi itu ketika berucap di majlis perhimpunan rasmi sekolah terbabit pada 21 Jun. ‘Nasihat itu dipercayai dibuat oleh guru itu supaya murid bukan Islam menghormati murid Islam yang sedang berpuasa. “Murid-murid bukan Islam diingatkan supaya tidak minum air di dalam kelas tetapi minum air di tandas sekolah. “Sekiranya tidak mempunyai air, maka boleh minum air paip ataupun air kencing sendiri,” kata guru terbabit menurut dakwaan yang ditaip menjadi surat aduan. Surat aduan itu ditulis kepada Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri Kedah. - Siakapkeli
Apapun semua yang dikhabarkan di atas hanyalah salah faham sahaja. Kes sudah selesai! :)