Isnin, Jun 01, 2015

Gunung Gangkhar Puensum Tempat Huni Roh; Kekal Tidak Didaki Sehingga Kini



Gangkhar Puensum merupakan gunung tertinggi di Bhutan dengan ketinggian 7,570 meter dari aras permukaan laut dan ia juga merupakan gunung ke-40 tertinggi di dunia. Bagaimanapun, gunung tersebut masih kekal sebagai gunung yang belum didaki dan kewujudannya seakan-akan dilupakan apabila kebanyakan puncak di Himalaya sudah didaki sejak sedekad lalu.Gunung Gangkhar Puensum terletak di garis sempadan antara Bhutan dan Tibet. Kedudukan sebenar gunung itu masih tidak diketahui kerana China meletakkan sebahagian puncak gunung itu dalam peta negaranya tetapi ada pihak lain yang mendakwa keseluruhan gunung tersebut berada dalam negara Bhutan.Apabila gunung itu kali pertama dipetakan dan diukur pada tahun 1922, kedudukannya belum dapat disahkan. Sehingga ke hari ini, peta mengenai kedudukan sebenar gunung tersebut masih berada di lokasi berbeza dan ditanda dengan ketinggian berlainan.Bhutan membuka gunung itu kepada pendaki hanya pada tahun 1983. Penduduk setempat pula mempercayai puncak gunung itu menjadi lokasi tempat tinggal roh nenek moyang. Antara tahun 1985 dan 1986, empat cubaan mendaki gunung tersebut dilakukan tetapi semuanya gagal untuk sampai ke puncak Gunung Gangkhar Puensum. Pada tahun 2004, gunung itu ditutup terus daripada sebarang pendakian. - Kosmo!