Jumaat, Jun 26, 2015

Ferrari 458 Remuk Rempuh Penghadang Jalan



Seorang lelaki nyaris maut apabila kereta mewah jenis Ferrari 458 dipandunya merempuh penghadang jalan dalam kejadian di Jalan Song, di sini, pagi tadi. Dalam kejadian 10.30 pagi, mangsa berusia 46 tahun cuba mengelak sebuah kenderaan yang keluar dari sebuah simpang menyebabkan kereta dipandunya hilang kawalan merempuh penghadang jalan di lokasi kejadian. Insiden itu menyebabkan kereta Ferrari terbabit remuk, namun mangsa bernasib baik apabila tidak mengalami sebarang kecederaan. Jurucakap polis berkata, pihaknya bergegas ke lokasi kejadian sebaik dimakkumkan mengenai kejadian itu dan mangsa keluar sendiri dari keretanya. Katanya, kejadian berlaku apabila mangsa dari arah stutong menghala ke Jalan Song cuba mengelak sebuah kenderaan yang mahu keluar simpang di lokasi kejadian menyebabkannya hilang kawalan sebelum terbabas dan merempuh penghadang besi di tepi jalan. - Metro