Khamis, Jun 25, 2015

Fahrin Ahmad, Elena Teringin Cahaya Mata; Tetapi...



Berkongsi kisahnya lebih sebulan menjalani kehidupan berumah tangga, pelakon filem Pilot Cafe itu berkata, kini akur dengan kehidupan mereka yang perlu berjauhan demi tugas.“Isteri saya sekarang berada di London dan jadual kerjanya agak sibuk. Jadi, perjalanan kehidupan rumah tangga kami buat masa sekarang masih saling berjauhan.“Namun, kami masih berhubung secara Skype untuk melepas rindu. Tak dinafikan sejak sudah berstatus suami, memang ada perbezaan yang berlaku dalam kehidupan.Mengenai perancangan keluarga, Fahrin berkata dia dan isteri memang menginginkan cahaya mata. Namun, kini Elena masih lagi terikat dengan kerjaya.“Perancangan untuk menambah ahli keluarga memang ada, tetapi kena tunggulah kami duduk bersama dulu. Buat masa sekarang, kami sudah bersetuju dengan kehidupan sebegini.“Apapun, ada hikmahnya kami berjauhan seperti ini kerana dapat lebih serasi di antara satu sama lain,” katanya yang tetap sibuk menjadi pengacara majlis. - Metro

1 Komentar:

Write Komentar
25/6/15 9:26 PG delete

Berkat bulan puasa ni ,Doakanlah yg terbaik untuk mereka

Reply
avatar