Jumaat, Jun 19, 2015

Erwin Dawson Selesa Hidup Sebagai Muslim Di Malaysia



Bintang baru kelahiran Singapura ini akui lebih selesa menjalani kehidupan sebagai seorang Muslim di Malaysia. Justeru, Erwin Dawson merancang untuk bermastautin di negara ini terutamanya apabila mempunyai keluarga sendiri, suatu hari nanti. “Malaysia adalah tempat yang cukup ideal untuk kita mengamalkan kehidupan sebagai seorang Muslim. “Di sini, penerimaan terhadap masyarakat Muslim lebih terbuka. Begitu juga soal makanan halal boleh didapati di mana-mana sahaja. “Kalau di tempat saya, kanak-kanak hanya boleh mendapatkan pendidikan Islam di madrasah sahaja. Sedangkan di sini, pengajian Islam boleh dipelajari di mana-mana sekolah. “Sekiranya saya mempunyai anak-anak sendiri pada masa akan datang, saya mahu membesarkan anak-anak dalam suasana Muslim di Malaysia,” kata Erwin kepada Mangga Online.