Selasa, Jun 16, 2015

Dituduh Sombong & Lupa Diri; Zul Ariffin Akui Masih Perlukan Peminat!


Tanpa peminat siapalah dirinya. Menyedari hakikat itu, Zul Ariffin menghargai pengikutnya, malah sentiasa
bersyukur dengan sokongan yang diterima. Insiden yang berlaku antaranya dengan peminat baru-baru ini hingga dilabel sombong dan lupa diri bagaimanapun meruntun hatinya. Tegasnya apa yang berlaku itu sebenarnya salah faham. Andai peminat berkenaan memahami keadaannya ketika itu, perkara ini pasti tidak timbul. “Insiden itu menjadi viral di laman sosial hingga saya dituduh sombong dan lupa diri. Apa yang berlaku itu sebenarnya salah faham. “Ketika bercuti dengan keluarga, ada peminat mahu bergambar, namun saya minta mereka bersabar kerana mahu letak beg yang dipegang. “Kebetulan pula ibu ada di sebelah saya. Dalam kalut hendak letak beg, ada peminat tidak sabar dan ingat saya mengelak untuk bergambar. “Dalam nada tegas saya minta mereka bersabar. Tidak ada pula saya mengeluarkan kata-kata kesat seperti yang diperkatakan,” katanya. Zul berkata dia masih waras dan tidak mungkin mengeluarkan perkataan kasar hanya kerana masalah kecil seperti itu. “Saya masih memerlukan peminat. Tanpa sokongan mereka tidak mungkin saya berada di tahap sekarang. “Insiden yang berlaku itu tidak sedikit pun memberi kesan kepada peminat lain kerana mereka faham, malah ramai masih menegur saya seperti biasa,” katanya.