Jumaat, Jun 12, 2015

Dayang Juara Ceria Popstar Musim 3



Dayana dinobatkan sebagai Juara Ceria Pop Star Musim Ketiga. Terdahulu 5 finalis berentap dengan lagu pilihan masing-masing, Vanessa, Adinda, Zack, Dayang dan Fikrie. Bagaimanapun hanya dua peserta layak ke pusingan battle. Begitupun, Aznil menggunakan kuasa sebagai penaung memohon kepada produksi memberikan ruang kepada semua peserta untuk memperdengarkan lagu baharu masing-masing. Bagaimanapun selepas perbincangan hanya 3 yang layak ke pusingan battle, iaitu Zack, Dayang dan Fikri. Mendengar keputusan itu, Ziana Zain sebagai juri menyuarakan bantahan kerana merasakan Vanessa lebih layak untuk beraksi pada pusingan itu, namun menurut Pak Nil, walaupun markah juri buat Vanessa agak tinggi tetapi undian sms tidak menyebelahinya. Pada pusingan akhir itu, ketiga-tiga finalis memperdengarkan lagu baharu yang mengangkat Dayang sebagai juara sekali gus membawa pulang RM20000. Tahniah!