Khamis, Jun 11, 2015

Cuti Bergaji Setahun Untuk Pekerja Baru Bergelar Bapa



Isnin lalu, pengasas Virgin, Sir Richard Branson dan Ketua Pegawai Eksekutif Virgin Management, Josh Bayliss, mengumumkan polisi syarikat berkenaan untuk memberi cuti bergaji sehingga setahun kepada pekerja lelaki yang baru menimang cahaya mata. "Ini mencerminkan ketelusan syarikat dalam mengambil kira hal-hal berkaitan kesihatan dan kesejahteraan pekerja-pekerja kami," kata Bayliss. Dalam polisi baru ini, pekerja yang berkhidmat dengan syarikat tersebut untuk tempoh kurang dua tahun akan menerima gaji sebanyak 25 peratus sepanjang tempoh bercuti, manakala mereka yang telah berkhidmat sekurang-kurangnya empat tahun akan menerima gaji penuh.




Read more at: http://www.astroawani.com/berita-dunia/virgin-group-beri-cuti-bergaji-setahun-kepada-pekerja-baru-bergelar-bapa-62073?cp