Khamis, Jun 11, 2015

Che Ta Simpan Hasrat Beli Rumah Di London


Baru-baru ini bayi comel berusia tujun bulan itu sekali lagi dibawa bercuti di London dan Paris. Lebih menarik kali ini Che Ta turut membawa adik-beradiknya. “Ini kali kedua saya bawa Aaisyah bercuti di London dan Paris. Kami hanya tinggalkan dia sekali saja ketika mengerjakan umrah tempoh hari. InsyaAllah, Disember nanti kami merancang ke sini lagi. “Saya suka London dan Paris kerana kemudahan yang disediakan sangat selesa. Nak cari tempat makan pun mudah, malah ada banyak tempat untuk membeli-belah. Apabila kerap ke sana, saya sudah tahu jalan,” katanya. Menurut Che Ta, sambil bercuti dia dan adiknya, Ayu Raudhah mengadakan sesi fotografi koleksi tudung yang diusahakan selain meninjau hartanah di negara itu. “Insya-Allah kalau ada rezeki, saya dan suami mahu beli rumah di sana. Zain pun pernah mencadangkan supaya saya buka restoran di sana. Bagi merealisasikan impian itu, kami kena bekerja lebih keras,” katanya. - Metro