Ahad, Jun 21, 2015

Bergaya Di Pagi Lebaran Dengan Jubah Januar By Furby And Sugar


Lebaran menjelma mengukir indah,
Senyuman terbit penawar gundah;
Disarung bergaya aneka jubah,
Terasa diri begitu bertuah.



Muz pertama kali pakai jubah, masa tu Darjah 5. Pakai sekali dua je kot. Rasa macam tak selesa, kembang semacam. Haha. Perasaan budak-budak kan! Nah, hari ni Muz nak kongsi Jubah Januar By Furby And Sugar. Kalau ada yang jenguk Instagram mereka, memang terliur tengok aneka warna masa kini yang membalut tubuh model-model yang menggayakan koleksi  Jubah Januar By Furby And Sugar! Yalah, nampak kemas dan elok terletak. Nak pula, ditambah gaya dengan jaket kulit. Satu idea yang segar barangkali untuk ke open house yang diadakan di ballroom hotel beroengdingin hawa. Kenapa tidak bukan? Kita yang mencipta gaya sendiri. Bagi merek yang berminat untuk mendapatkan salah satu daripada koleksi  Jubah Januar By Furby And Sugar ini, anda boleh membelinya menerusi walk in ke butik mereka atau dapatkan secara online dengan menggunakan aplikasi Whatsapp untuk malumat lanjut. Muz sertakan maklumat untuk dihubungi di bawah ini! Check it out okay!




1 Komentar:

Write Komentar
21/6/15 11:56 PTG delete

wah cantik kalu pakai pagi raya nnti

Reply
avatar