Khamis, Jun 11, 2015

Bade Tidak Muncul Sebutan Cerai, Erma Fatima Beri Notis Amaran



Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur di sini membenarkan permohonan pelakon Erma Fatima untuk mengeluarkan notis amaran terhadap Badaruddin Azmi selepas suaminya itu gagal menghadirkan diri pada sebutan pertama kes perceraian mereka pada Khamis. Hakim Syarie, Shaiful Azli Jamaluddin membuat keputusan itu selepas Badaruddin atau Bade, 51, gagal menghadirkan diri tanpa mengemukakan alasan kukuh kepada mahkamah. Terdahulu, peguam syarie, Jamal Lokman Mohd Sulaiman yang mewakili Erma selaku plaintif kes berkenaan memberitahu mahkamah pihaknya telah menyerahkan notis saman kepada defendan pada 19 Mei lalu. Kes berkenaan yang difailkan pada awal Mei lalu dibuat mengikut Seksyen 47 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Negeri Selangor 2003. - mstar